Wednesday, 30 January 2019

Usaha yg tergelincir

Berbekal kudrat yang bersetengah dari semangat penuh luarbiasa
aku ingin buat kerja amal yang tak aku amal amalkan sebelum ini....

satu usaha berat untuk melayari internet yang berkelembapan luarbiasa dikawasan tempat kerja aku, aku berazam dr cecahan pertama kaki kebumi pagi ini, untuk membentuh sahsiah yang baik baik saja sekurang kurangnya pada tempoh berlapang tanpa gangguan dari bosskurr hari ini. GAGAL! PASSWORD ANDA TELAH DISEKAT! Perghhhhhhhh!!!! ikutkan hati, keluar saka warrior dalam badan aku kerana menahan amarah yang membuak... hmmmmmm.... nasib ada sedikit ilmu kebal tak hadam hasutan syaitonnirajim dalam diri aku. Jooom, alihkan sasaran kerja... kita tergelincirkan usaha pepagi begini! bukak buku azimat tujuh petala langit, carik id dan password blog blog yang dah berkurun daku lupakan! fusssssss....berhabuk! suoh suoh.... siap ada pepijat bercengkerama lagi!

ok, hentikan part melalut kelaut.
nampak sangat daku teruja!

First,
Ni how maaa? aku tahu blog ini tiada followers yg nak jawab soklan santun aku. so??? dalam suhu bilik yang paling gelap dan seram, daku akan terus terusan melalut.

About life?
Hmmm... aku sekarang dah ganti tempat kak mah mansor kiter dedulu... buzy memanjang.  Tapi, kebuzy an aku terletak pada kadar kerajinan... senang citaa, aku akan buzy bila aku rajin.. bila dah malas cam waktu ni, aku freeeee memanjang.. sampai boleh jadi 18 siri mimpi indah yang aku layari dalam lena tak pejamku.  Aku cipta watak dan jalan cerita sendiri, of kos berdasarkan kenangan kenangan mulus pulus aku dedulu... hmmm.,,.... payah memiliki otak khayalam tahap dewa cam aku. 

eh, idea aku mati dah!

Friday, 11 August 2017

Aku & Thyroid










Percaya atau tidak, dedulu masa masih kecil, aku dah mula pandai berimaginasi pasal masa depan. Tapi, aku sedikit lain dari yg lain, menyimpan sedikit ‘angan’ gila yg takku sangka menjadi kenyatan! Itulah orang kata, kata-kata itu memang satu doa. Masa kecil dulu, aku berharap suatu masa kelak aku akan mengidap satu penyakit yg membuatkan org lain akan memberi perhatian penuh padaku! Gila bukan? Tapi itulah, pemikiran kanak-kanak memang kekadang agak melampau tersasarnya… bukan seperti kekanak zaman sekarang, semua imaginasi dan angan mereka memang kaw-kaw best.. contohnya, bila kuar jer cerita katon animasi frozen, haa.. memasing pasang angan nak jadi princes.

Aku dan thyroid.  Dulu aku tak kenal pon apa itu thyroid. Sebab yg kronik bagi aku dan selalu orang tetua bercakap pasalnya adalah sakit jantung, kencing manis, darah tinggi…. Itu saja penyakit yg aku tahu.  Bila usia menganjak dewasa, pemikiran lebih terbuka..dan penagalaman pengalaman org sekeliling membuka mata aku tentang penyaki penyakit yg wujud didunia ini…. Yg kekadang pepelik je aku dengar…. Last-last, arwah mak disahkan mengidap kanser perut! Ohh…. Dunia seakan berhenti berputar!  Maka mulalah episode kehidupan aku dan keluarga di hospital.  Disitulah aku lebih kenal akan dunia perubatan dana lam alam orang orang yg sakit.

Ok ok, aku tak mo cerita pasal penyakit arwah mak, nanti-nanti aku akan cerita jugak ok. Takmo sedih-sedih. 
Aku ingat lagi, dimana bermulanya istilah thyroid menjadi sebahagian dlm diri aku.  Suatu petang, aku pergi rumah kawan, biasalah… agenda utama adalah makan makan.  Tetiba aku rasa ada sesuatu yg menyekat saluran makanan kat leher aku… rasa sukar sikit utk menelan.  Kawan aku pun tegur leher aku ada macam ketulan sebesar telur burung puyuh (alahaiii, teringain pulak nak makan telur puyuh)… apa lagi aku, cari cermin… masa tu hati dah  berdebar-debar… otak aku memang takyah tanya… kompem terus ke bab sakit dan mati! Perghhhhh! Memang berdebar gilaer jantung aku masa tu.

Ok, bila ke hospital, doctor sahkan dua kemungkinan… pertama, oh noooo… nak sebut pun aku tak sanggup.. kanser! Dan kedua, thyroid! Ok fine, aku pujuk hati sesabar mungkin menunggu keputusan dari doctor walau dalam hati Cuma Allah yg tahu level kerisauannya.  Bila doctor sahkan benjolan itu Cuma thyroid, aku sujud syukur… walaupun Allah dah bagi penyakit kat aku tapi Dia tak bagi yang kaw kaw punya….

Bermulala rutin ulang alik ke hospital, cucuk sana sini… Syukurlah aku terpilih.  Antara symptom thyroid yg aku kena hadap … bila makan mesti keluar balik, oppss bukan muntah tapi “melepas’.. melepas pon cara bebaik jer, bukan yg jenis cair-cair.. tapi sungguh tahi (sori kena gak guna perkataan ni.. dh memang itu sesatunya isitlah yg aku tahu utk “tahi”) memang rasa lembut gitew… senang jer nak kuar. Kedua, tangan menggeletar.  Haa… yg ini memang dasat jugak… kekadang bila getaran tu berada di level maximum, nak pegang sudu pon tak bole… bergegar giler! Lagi, aku sukar nak tidur… percaya atau tidak, kekadang sampai dua harri dua malam aku tak tidur lansung! Otak memang takyah nak cerita lah… memang imaginasi cemerlang, terbilang… macam-macam aku pikir.. yg dh terjadi, yg akan terjadi… yg tak mungkin terjadi… semua masuk dalam kepala hotak aku ni… rasa macam orang gila pon ada… hmmm…. Last-last doctor bagi aku ubat tidur… adalah sekali dua aku makan lepas tu aku tak makan dah… sebab bila makan ubat tu jantung aku bagai nak tercabut! Takut, risau,… amcam-macam aku rasa. Huhhhh…. Sengsara…
Last-last, doctor tetapkan untuk aku makan ubat thyroid ( maximum dost) dan ubat untuk kawal degupan jantung aku… sebab doctor kata thyroid ni dah ganggu system jantung aku jugak… ooooooo… patuta aku selalu rasa gementar, takut, risau… rupa rupanya degupan jantung aku terlampau cepat….. adakalanya jugak degupan jantung aku akan jadi terlalu slow… doctor takut degupan terus terhenti, maka tamatlah riwayat aku…. Oh tidak! Tak dapat aku nak bayangkan!!

Ok, maka sampai sekaranglah aku mengambil uabta-ubat tu. CUMA… haaa, Cuma sekarang aku dah mengambilnya dalam dost yg rendah. Dan semalam aku ke hospital utk cek segala-segala organ yg ada dlm badan aku nih….. syukur alhamdulillah… doctor kata, hati aku ok, buah pinggang aku ok, kolestrol, darah, air kencing semua ok.  Dannnn, doctor kurangkan sukatan ubat thyroid aku dah… Cuma makan 2 hari sekali. Lega seleganya! Syukur alhamdulillah.

Kalau orang tanya, apa yg aku amalkan sekarng nih? Aku Cuma minum dan amalkan jus kunyit buatan aku sendiri.  Takda pon aku beli ubat memahal… selain dr ubat dr hospital.  Bukan tak pernah cuba.. macam-macam dah aku cuba, dgn bebagai petua dh aku try… tp tak serasi pon dengan aku.  Syukurlah bila Allah buka hati aku utk buat research tentang jus kunyit… ia amat serasi dengan aku. Jika dulu bengkak di leher memang Nampak ketara sesangat walau dah hamper 3 thn mengambil ubat dr hospital… makin hari  makin membesar… tp sejak amalkan jus kunyit, ia telah mengecil… walau masih ada lagi tp tidak sebesar dulu. Dan symptom yg aku rasa sebelum ini memang tidak lagi aku rasa. Syukurlaaaaaaa…….

Semalam, ada seorang hamba Allah hubungi aku…. Nak beli jus kunyit. Bila aku nak setkan lokasi utk cod, terkezuttt aku dia bagitau dia kat semenanjung. Eh, eh… macammana dia tahu aku jual jus kunyit? Rasa seperti dh terkenal pulak… sempat gak aku berangan-angan nak jadi terkenal macam dato vida… aiem mee… aiem meee….   Ishh…. Rupa-rupanya dia jumpa post aku d fb tentang thyroid. Ok, sesi niaga pada mulanya… last-last aku dengan rela hati kongsi resepi utk buat jus kunyit nih pd dia… kesian, sebab aku paham.. faham sesangat bagaimana rasanya bila kena thyroid nih, sengsara emosi terdera!  Tapi bukan dia yg sakit, tunang dia yg mengidap thyroid…. Respect pd dia, berusaha cari penawar utk penyakit tunang tersayang.. nak buat macammna dik, ujian Allah.. terimalah dengan redha… mudah-mudahan Allah bagi kesembuhan pd sy dan tunang adik…


Hmmm… dalam diam tak diam, aku dah jadi toke jus kunyit rupa rupanya… Alhamdulillah, kalau tak sebab aku mengidap thyroid, takkan aku bersungguh untuk hasilkan jus kunyit ini…. Itulah seorang sahabat pernah berkata… sesuatu pasti akan indah bila tiba waktunya! Mudah mudahan aku akan jadi toke jus kunyit yang Berjaya suatu hari nanti…. Ya Allah, makbulkanlah doaku……

Tuesday, 8 August 2017

Bangga, Aku Wanita Hebat!

Aku suka memuji diri hebat!
Kerana itu membuatkan daku berasa diri ini memang benar-benar hebat!

Suatu masa dulu,
Aku hanya seorang wanita yg lebih banyak berserah dari berusaha,
Bukan redha- tapi berserah!
Bila lapan tahun arwah mak sakit depan mata... menanggung derita kanser yg amat memeritkan,
Aku berserah sepenuhnya pada Nya,
Moga-moga diberi keajaipan untuk melenyapkan sakit yang arwah mak tanggung...
Tapi aku tidak pernah berusaha seperti hari ini... berusaha dengan hasil daripada tanganku sendiri untuk menghasilkan sesuatu yg boleh membantu arwah mak!
Kalaulah saat itu aku berusaha seperti hari ini...
Mesti arwah mak bangga denganku sebelum dia pergi..


Dulu,
Semasa arwah suami ada lagi...
Aku jadi seorang yg pemalas,
Aku lebih banyak membazir dari mencari..
Aku bazirkan masa, aku bazirkan rezekiku yg ada, aku malas utk berusaha seperti aku hari ini!
Kalaulah saat dia ada dulu aku sekuat hari ini,
Pasti dia pergi dengan tenang dan bangga...

Tapi,
Aku tahu mereka melihat usahaku dari jauh.. nun jauh didunia lagi satu,
Pasti mereka tersenyum bangga! pasti! aku pasti itu!!
Mak, abang... tolong doakan kmk...

Cehhh...
Menjiwang pepagi,
Buat mood aku terkulai layu!
Dah dah....
Sedut balik semangat wanita hebat itu!!

Aku hebat! Aku wanita hebat!!
(sapa lagi yg nak puji kalo tak diri sendiri??)

koleksi feedback Jus Kunyit!













Gambar-gambar yg sy share di atas adalah antara koleksi feedback-feedback awal kesan pengambilan jus kunyit... feedback seperti inilah yang menguatkan semangat sy untuk terus menghasilkan dan mengembangkan lagi projek jualan homemade jus kunyit sy ini... hingga ke hari ini.


Kebanyakan diantara mereka yg mengambil jus ini menghadapi masalah dalaman wanita seperti senggugut, ketidaklancaran darah haid, period tidak teratur malah ada diantara mereka sudah bertahun tidak datang bulan! syukran, setelah mengambil jus kunyit sy ini, darah haid beransur keluar.  Banyak manfaat mengambil jus kunyit semasa datang bulan tapi, sy melarang pelanggan sy untuk mengambil jus ini semasa aliran masih banyak kerana sy khuatiri darah akan keluar terlalu banyak dari biasa..( risau jugak kekalau pelanggan ter'gelabah'. Walaubagaimanapun sy menyarankan mereka mengambilnya apabila aliran telah  berkurangan.. untuk mencuci rahim dari darah darah kotor yang melekat didinding rahim.. wallahhualam..

Mudah-mudahan Allah menganugerahkan sy idea-idea yg lebih produktif untuk sy hasilkan produk kesihatan... untuk menmanfaatkannya pd org lain... In Shaa Allah... doakan sy!

Monday, 7 August 2017

pengenalan pendek tentang Jus Kunyit

Jus Kunyit Asam Manis..

Ok, untuk entri mulo mulo begini, sy cuma akan perkenalkan produk kebanggaan sy. Home made jus kunyit.. H O M E M A D E okeh, maknanya sy buat sendiri! kupas kunyit, kupas halia, campur mencampur, gaul menggaul..sampailah bab masam memasaknya semua sy buat sendiri.

Tertarik untuk bercerita bagaimana ia bermula.. itulah orang tetua kata... bila Allah bagi ujian, Dia akan bagi hikmahnya sekali, dengan syarat..SABAR!  Alhamdulillah.. itulah yg berlaku pada sy.. sy pengidap Thyroid.. dengan berbagai dugaan hidup yg sy lalui.. sukar utk redha... tapi itulah, mahu tak mahu terpaksa melaluinya. Syukur alhamdulillah, Allah banyak permudahkan urusan hidup sy... kerana penyakit inilah sy bertekad utk menghasilkan jus kunyit... mula-mula sy encubanya sendiri, ketara kesan pd tubuh badan sy... sy menjadi lebih cergas, lebih berstamina, bengkak-bengkak kaki telah surut, sakit-sakit badan sudah berkurangan dan yang paling win bila bengkak thyroid di leher sy telah mengecil! syukur alhamdulillah...

Disitulah bermulanya idea utk sy menjual jus kunyit ini.  Hinggalah ke hari ini, jus kunyit mendapat begitu ramai sambutan... sekali lagi sy bersyukur... syukur alhamdulillah..

ok, nampaknya idea-idea dikepala sy sudah tiada... pergi bersama angan sy yg nak bercuti ke Langkawi namun tak kesampaian.  Nanti sy sambung.. dgn entri yg lebih tidak memudaratkan mata yg membaca... gudbai!

Usaha yg tergelincir

Berbekal kudrat yang bersetengah dari semangat penuh luarbiasa aku ingin buat kerja amal yang tak aku amal amalkan sebelum ini.... satu ...