Percaya keupayaan diri, bangga akan kehebatan diri, berusaha dan terus berusaha.... kerana sesuatu pasti akan indah bila tiba waktunya...
Sunday, 13 August 2017
Friday, 11 August 2017
Aku & Thyroid
Percaya atau tidak, dedulu masa
masih kecil, aku dah mula pandai berimaginasi pasal masa depan. Tapi, aku
sedikit lain dari yg lain, menyimpan sedikit ‘angan’ gila yg takku sangka
menjadi kenyatan! Itulah orang kata, kata-kata itu memang satu doa. Masa kecil
dulu, aku berharap suatu masa kelak aku akan mengidap satu penyakit yg
membuatkan org lain akan memberi perhatian penuh padaku! Gila bukan? Tapi
itulah, pemikiran kanak-kanak memang kekadang agak melampau tersasarnya… bukan
seperti kekanak zaman sekarang, semua imaginasi dan angan mereka memang kaw-kaw
best.. contohnya, bila kuar jer cerita katon animasi frozen, haa.. memasing
pasang angan nak jadi princes.
Aku dan thyroid. Dulu aku tak kenal pon apa itu thyroid. Sebab
yg kronik bagi aku dan selalu orang tetua bercakap pasalnya adalah sakit
jantung, kencing manis, darah tinggi…. Itu saja penyakit yg aku tahu. Bila usia menganjak dewasa, pemikiran lebih
terbuka..dan penagalaman pengalaman org sekeliling membuka mata aku tentang
penyaki penyakit yg wujud didunia ini…. Yg kekadang pepelik je aku dengar….
Last-last, arwah mak disahkan mengidap kanser perut! Ohh…. Dunia seakan
berhenti berputar! Maka mulalah episode
kehidupan aku dan keluarga di hospital.
Disitulah aku lebih kenal akan dunia perubatan dana lam alam orang orang
yg sakit.
Ok ok, aku tak mo cerita pasal
penyakit arwah mak, nanti-nanti aku akan cerita jugak ok. Takmo
sedih-sedih.
Aku ingat lagi, dimana bermulanya
istilah thyroid menjadi sebahagian dlm diri aku. Suatu petang, aku pergi rumah kawan,
biasalah… agenda utama adalah makan makan.
Tetiba aku rasa ada sesuatu yg menyekat saluran makanan kat leher aku…
rasa sukar sikit utk menelan. Kawan aku
pun tegur leher aku ada macam ketulan sebesar telur burung puyuh (alahaiii,
teringain pulak nak makan telur puyuh)… apa lagi aku, cari cermin… masa tu hati
dah berdebar-debar… otak aku memang
takyah tanya… kompem terus ke bab sakit dan mati! Perghhhhh! Memang berdebar
gilaer jantung aku masa tu.
Ok, bila ke hospital, doctor sahkan
dua kemungkinan… pertama, oh noooo… nak sebut pun aku tak sanggup.. kanser! Dan
kedua, thyroid! Ok fine, aku pujuk hati sesabar mungkin menunggu keputusan dari
doctor walau dalam hati Cuma Allah yg tahu level kerisauannya. Bila doctor sahkan benjolan itu Cuma thyroid,
aku sujud syukur… walaupun Allah dah bagi penyakit kat aku tapi Dia tak bagi
yang kaw kaw punya….
Bermulala rutin ulang alik ke
hospital, cucuk sana sini… Syukurlah aku terpilih. Antara symptom thyroid yg aku kena hadap …
bila makan mesti keluar balik, oppss bukan muntah tapi “melepas’.. melepas pon
cara bebaik jer, bukan yg jenis cair-cair.. tapi sungguh tahi (sori kena gak
guna perkataan ni.. dh memang itu sesatunya isitlah yg aku tahu utk “tahi”)
memang rasa lembut gitew… senang jer nak kuar. Kedua, tangan menggeletar. Haa… yg ini memang dasat jugak… kekadang bila
getaran tu berada di level maximum, nak pegang sudu pon tak bole… bergegar
giler! Lagi, aku sukar nak tidur… percaya atau tidak, kekadang sampai dua harri
dua malam aku tak tidur lansung! Otak memang takyah nak cerita lah… memang
imaginasi cemerlang, terbilang… macam-macam aku pikir.. yg dh terjadi, yg akan
terjadi… yg tak mungkin terjadi… semua masuk dalam kepala hotak aku ni… rasa
macam orang gila pon ada… hmmm…. Last-last doctor bagi aku ubat tidur… adalah
sekali dua aku makan lepas tu aku tak makan dah… sebab bila makan ubat tu
jantung aku bagai nak tercabut! Takut, risau,… amcam-macam aku rasa. Huhhhh….
Sengsara…
Last-last, doctor tetapkan untuk aku
makan ubat thyroid ( maximum dost) dan ubat untuk kawal degupan jantung aku…
sebab doctor kata thyroid ni dah ganggu system jantung aku jugak… ooooooo…
patuta aku selalu rasa gementar, takut, risau… rupa rupanya degupan jantung aku
terlampau cepat….. adakalanya jugak degupan jantung aku akan jadi terlalu slow…
doctor takut degupan terus terhenti, maka tamatlah riwayat aku…. Oh tidak! Tak
dapat aku nak bayangkan!!
Ok, maka sampai sekaranglah aku
mengambil uabta-ubat tu. CUMA… haaa, Cuma sekarang aku dah mengambilnya dalam
dost yg rendah. Dan semalam aku ke hospital utk cek segala-segala organ yg ada
dlm badan aku nih….. syukur alhamdulillah… doctor kata, hati aku ok, buah
pinggang aku ok, kolestrol, darah, air kencing semua ok. Dannnn, doctor kurangkan sukatan ubat thyroid
aku dah… Cuma makan 2 hari sekali. Lega seleganya! Syukur alhamdulillah.
Kalau orang tanya, apa yg aku
amalkan sekarng nih? Aku Cuma minum dan amalkan jus kunyit buatan aku
sendiri. Takda pon aku beli ubat
memahal… selain dr ubat dr hospital.
Bukan tak pernah cuba.. macam-macam dah aku cuba, dgn bebagai petua dh
aku try… tp tak serasi pon dengan aku.
Syukurlah bila Allah buka hati aku utk buat research tentang jus kunyit…
ia amat serasi dengan aku. Jika dulu bengkak di leher memang Nampak ketara
sesangat walau dah hamper 3 thn mengambil ubat dr hospital… makin hari makin membesar… tp sejak amalkan jus kunyit,
ia telah mengecil… walau masih ada lagi tp tidak sebesar dulu. Dan symptom yg
aku rasa sebelum ini memang tidak lagi aku rasa. Syukurlaaaaaaa…….
Semalam, ada seorang hamba Allah
hubungi aku…. Nak beli jus kunyit. Bila aku nak setkan lokasi utk cod,
terkezuttt aku dia bagitau dia kat semenanjung. Eh, eh… macammana dia tahu aku
jual jus kunyit? Rasa seperti dh terkenal pulak… sempat gak aku berangan-angan
nak jadi terkenal macam dato vida… aiem mee… aiem meee…. Ishh…. Rupa-rupanya dia jumpa post aku d fb
tentang thyroid. Ok, sesi niaga pada mulanya… last-last aku dengan rela hati
kongsi resepi utk buat jus kunyit nih pd dia… kesian, sebab aku paham.. faham
sesangat bagaimana rasanya bila kena thyroid nih, sengsara emosi terdera! Tapi bukan dia yg sakit, tunang dia yg
mengidap thyroid…. Respect pd dia, berusaha cari penawar utk penyakit tunang
tersayang.. nak buat macammna dik, ujian Allah.. terimalah dengan redha…
mudah-mudahan Allah bagi kesembuhan pd sy dan tunang adik…
Hmmm… dalam diam tak diam, aku dah
jadi toke jus kunyit rupa rupanya… Alhamdulillah, kalau tak sebab aku mengidap
thyroid, takkan aku bersungguh untuk hasilkan jus kunyit ini…. Itulah seorang
sahabat pernah berkata… sesuatu pasti akan indah bila tiba waktunya! Mudah
mudahan aku akan jadi toke jus kunyit yang Berjaya suatu hari nanti…. Ya Allah,
makbulkanlah doaku……
Tuesday, 8 August 2017
Bangga, Aku Wanita Hebat!
Aku suka memuji diri hebat!
Kerana itu membuatkan daku berasa diri ini memang benar-benar hebat!
Suatu masa dulu,
Aku hanya seorang wanita yg lebih banyak berserah dari berusaha,
Bukan redha- tapi berserah!
Bila lapan tahun arwah mak sakit depan mata... menanggung derita kanser yg amat memeritkan,
Aku berserah sepenuhnya pada Nya,
Moga-moga diberi keajaipan untuk melenyapkan sakit yang arwah mak tanggung...
Tapi aku tidak pernah berusaha seperti hari ini... berusaha dengan hasil daripada tanganku sendiri untuk menghasilkan sesuatu yg boleh membantu arwah mak!
Kalaulah saat itu aku berusaha seperti hari ini...
Mesti arwah mak bangga denganku sebelum dia pergi..
Dulu,
Semasa arwah suami ada lagi...
Aku jadi seorang yg pemalas,
Aku lebih banyak membazir dari mencari..
Aku bazirkan masa, aku bazirkan rezekiku yg ada, aku malas utk berusaha seperti aku hari ini!
Kalaulah saat dia ada dulu aku sekuat hari ini,
Pasti dia pergi dengan tenang dan bangga...
Tapi,
Aku tahu mereka melihat usahaku dari jauh.. nun jauh didunia lagi satu,
Pasti mereka tersenyum bangga! pasti! aku pasti itu!!
Mak, abang... tolong doakan kmk...
Cehhh...
Menjiwang pepagi,
Buat mood aku terkulai layu!
Dah dah....
Sedut balik semangat wanita hebat itu!!
Aku hebat! Aku wanita hebat!!
(sapa lagi yg nak puji kalo tak diri sendiri??)

koleksi feedback Jus Kunyit!
Gambar-gambar yg sy share di atas adalah antara koleksi feedback-feedback awal kesan pengambilan jus kunyit... feedback seperti inilah yang menguatkan semangat sy untuk terus menghasilkan dan mengembangkan lagi projek jualan homemade jus kunyit sy ini... hingga ke hari ini.
Kebanyakan diantara mereka yg mengambil jus ini menghadapi masalah dalaman wanita seperti senggugut, ketidaklancaran darah haid, period tidak teratur malah ada diantara mereka sudah bertahun tidak datang bulan! syukran, setelah mengambil jus kunyit sy ini, darah haid beransur keluar. Banyak manfaat mengambil jus kunyit semasa datang bulan tapi, sy melarang pelanggan sy untuk mengambil jus ini semasa aliran masih banyak kerana sy khuatiri darah akan keluar terlalu banyak dari biasa..( risau jugak kekalau pelanggan ter'gelabah'. Walaubagaimanapun sy menyarankan mereka mengambilnya apabila aliran telah berkurangan.. untuk mencuci rahim dari darah darah kotor yang melekat didinding rahim.. wallahhualam..
Mudah-mudahan Allah menganugerahkan sy idea-idea yg lebih produktif untuk sy hasilkan produk kesihatan... untuk menmanfaatkannya pd org lain... In Shaa Allah... doakan sy!
Monday, 7 August 2017
pengenalan pendek tentang Jus Kunyit
Jus Kunyit Asam Manis..
Ok, untuk entri mulo mulo begini, sy cuma akan perkenalkan produk kebanggaan sy. Home made jus kunyit.. H O M E M A D E okeh, maknanya sy buat sendiri! kupas kunyit, kupas halia, campur mencampur, gaul menggaul..sampailah bab masam memasaknya semua sy buat sendiri.
Tertarik untuk bercerita bagaimana ia bermula.. itulah orang tetua kata... bila Allah bagi ujian, Dia akan bagi hikmahnya sekali, dengan syarat..SABAR! Alhamdulillah.. itulah yg berlaku pada sy.. sy pengidap Thyroid.. dengan berbagai dugaan hidup yg sy lalui.. sukar utk redha... tapi itulah, mahu tak mahu terpaksa melaluinya. Syukur alhamdulillah, Allah banyak permudahkan urusan hidup sy... kerana penyakit inilah sy bertekad utk menghasilkan jus kunyit... mula-mula sy encubanya sendiri, ketara kesan pd tubuh badan sy... sy menjadi lebih cergas, lebih berstamina, bengkak-bengkak kaki telah surut, sakit-sakit badan sudah berkurangan dan yang paling win bila bengkak thyroid di leher sy telah mengecil! syukur alhamdulillah...
Disitulah bermulanya idea utk sy menjual jus kunyit ini. Hinggalah ke hari ini, jus kunyit mendapat begitu ramai sambutan... sekali lagi sy bersyukur... syukur alhamdulillah..
ok, nampaknya idea-idea dikepala sy sudah tiada... pergi bersama angan sy yg nak bercuti ke Langkawi namun tak kesampaian. Nanti sy sambung.. dgn entri yg lebih tidak memudaratkan mata yg membaca... gudbai!

Welkem yannahaira!
Welkem to me! lagi dan lagi dan lagi!
Blog ini aku cipta khas untuk perniagaan kecil-kecilan aku. Tapi aku percaya, disini juga akan daku selit selitkan jiwang jiwang jiwa pra tua aku!
"Y A N N A H A I R A" ...aku terjatuh suka dengan nama itu! nice name... ala-ala nama perempuan melayu terakhir gitew...ok, aku namakan blog ini dengan nama yannahaira... moga-moga ia menjadi inspirasi untuk aku mencari rezeki untuk keluarga... In shaa Allah.. please, doakan aku!

Subscribe to:
Comments (Atom)
Usaha yg tergelincir
Berbekal kudrat yang bersetengah dari semangat penuh luarbiasa aku ingin buat kerja amal yang tak aku amal amalkan sebelum ini.... satu ...